Salam...
Dah lama x menaip di sini...hari ni i ada satu cerita untuk dikongsi bersama dengan korang...cerita ni dah lama i simpan, sebab masa cemburu untuk tangan i duk menaip atas keyboard dalam blog..cerita mengenai PEMINAT PSIKO MENTAL DISORDER saya.... Betapa psikonya beliau dengan mencari segala input mengenai saya...dr facebook hingga la ke blog saya..gigihnya dia membaca isi kandungan blog saya..bukan mencari apa...mencari keburukan saya untuk digemburkan...aisshhhh kesian manusia yang x der keje ni...digelapkan hati oleh Allah dengan PHD...sebab tu la hidup x maju... so x kan la saya nk limitkan pelawat blog saya kerana dia.
Berbagai-bagai cemuhan ditalakan kepada saya, baik rupa paras saya atau perbuatan saya.... Mungkin cermin rumah dia cermin sakti la kot... dan 1 lagi dia lupa saya ni ciptaan Allah...dia kutuk ciptaan Allah...siapa yang tidak ISLAM di sini....Saya kenal dia pon tidak...dalam list kawan pon tidak di FB...Bila sampai tahap menggangu kehidupan saya dengan ugutan bagai....Saya telah membuat laporan polis dan Laporan kepada Suruhanjaya Komunikasi...Kalau saya ni jahat dan hati gelap mahu juga saya teruskan menyaman beliau kerana mempamerkan nombor telefon saya di wechat... Alhamdulillah, saya masih rasional...Kalu apa saya buat hanya akan menyusahkan dia x per tp pasti akan sampai kepada keluarga dia kan...kesian mak bapak bila taw perangai anak macam tu..tentu sedih...so saya pilih untuk tidak lukakan hati kelurga beliau....dengan doa semoga Allah bagi nur sket kat dia....
Tapi apa pon yang dia dh buat pada saya langsung x menjejaskan kehidupan saya....saya buat jer kecoh biar dia sedar diri sket... tp x sedar2 diri juga rupanya...x sebut nama dia pon dia dh mengelupur...ni confirm tengah baca n merenyam2 hati dia.... heyyy uuuu shiuuuuuuhhhh frm my life la before u get a big shame.... i jenis x heran apa pon u nk buat...x membawa apa2 kepada i kerana bukan silap diri i...silap diri sendiri yer... i have my own purpose of life.... so dlm perjalanan untuk capai tu if ada halangan i just let it go jer.... tiada yang boleh menghalang impian i kecuali ALLAH SWT sahaja...
Apa pon yang terjadi adalah dugaan Allah pada saya untuk uji tahap iman didada....walaupon ilmu x tinggi tetapi selagi kita mencari insyaallah Allah memberi.... Hadirnya peminat sebegini kerana Allah hendak tunjukkan kepada saya siapa saya yang sebenarnya....dan saya bangga menjadi diri saya...walaupon serba kekurangan tetapi Allah tetap memberi rahmat disetiap penjuru hidup saya....
Nasihat saya kepada pelawat-pelawat budiman...berdasarkan pengalaman hidup saya....apa sekalipon dugaan yang datang dariNya...pertama..kita kena redha dan hikmahnya berganda...jangan mudah melatah dan selidik hujung pangkalnya.....serahkan diri kepada pemilik kita dan yakini setiap ketentuanNya.....maka hidup kita akan sentiasa tenang di bawah rahmat dan hidayahNya...
Antara post2 saya di FB atau di sini adalah untuk renungan bersama agar kita mampu memahami hidup ini dan memperbaiki hidup pada taraf yang lebih baik. Siap sediakan diri untuk kembali kepada pencipta yang tarikh pastinya tiada siapa yang tahu... andai ada y terasa terkena batang hidung ambil la sebagai cabaran untuk menjadi sebaliknya...menjadi seorang yang hebat di mata Allah bukan hanya di mata manusia..
Sekian, wassalam....
No comments:
Post a Comment