Wahai anak2 ibu, ku doakan semoga kalian sentiasa dilindungi dan dilimpahi RahmatNya... Membesar menjadi orang2 yang berguna... Entah mengapa sering terdetik di hatiku seribu kerisauan pabila menatap mata2 sikecil ku... Sempatkah aku melihat mereka membesar... cukupkah kasih sayang yang aku berikan... berlebihan kah belaian yang aku hulurkan.. rasa bersalah menjalari diri pabila pagi2 terpaksa kejutkan mereka dan dihantar ke rumah pengasuh.. makannya minumnya entah bagaimana walaupun ku tahu nursery itu menjaga anakku dengan baik.. sedih kerana bukan tangan ini yang menyuap makannya hari2...menukar pakai pakaian setiap hari.. kesian anak2ku...
Sejak akhir2 ini pabila menatap mereka aku terasa ingin menangis.. tidak tahu kenapa... sukar untuk ku gambarkan sayangnya aku pada mereka..... Mampukah aku korbankan segalanya untuk mereka...Insyaallah demi hidupmu anak2ku, demi bahagiamu anak2ku..aku cuba selagi yang terdaya hanya untukmu wahai permata2 hatiku......
No comments:
Post a Comment