Dah lama dah berstory mory yer.. hmmm busy keterlampauan melayani karenah bosku yang satu itu.... tiada ruang senafas yang begitu melegakan aku untuk menenangkan otak pemikiran ku yang semakin hari semakin menggelegak..tunggu masa nk meletup jer...
Tapi disebabkan otak yang kian menggelegak itu maka aku pun merapukan diri di sini bagi mengelakkan otak itu meletup...wakakaka... letih...penat...stress melampau ku rasakan sejak akhir2 ini....
Aku teringin sangat bertukar tempat kerja.. bukan kerana tidak sanggup menghadapi cabaran kerja tetapi letih mengenangkan terlalu banyak sangat masalah untuk menyempurnakan tugasan ku dan juga kerana terlalu lama duduk di bahagian ini. Teringin juga duduk di tempat lain yang bukan menguruskan projek.... semoga harapan dan cita2ku ini tercapai lah hendaknya...
Surat mohon tukar pon dah lama aku hantar bukan ke PSM jer..ke JPA pon ada.... buka setakat bercakap jer yer.. memang hasrat dijiwa yang benar tulus mulus ikhlas nk keluar.... semoga kesabaran ku menunggu mendapat imbuhan yang setimpal....Amin....
Bukan aku x kesiankan bos ....banyak kali dia sound kata dia tinggal lagi 3 tahun jer lagi service setiap kali aku ajukan mengenai pertukaran aku... kesian..sedih..tapi bukannya x der pengganti... mana tau pengganti lagi bagus 10 kali ganda bagus daripada aku yang kuat melawan nih..
No comments:
Post a Comment